Cara mudah tanam bawang putih.

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang. Bawang putih digunakan dalam pelbagai masakan dan juga dijadikan rempah ratus serta pes masakan. Bukan sahaja dijadikan bahan masakan, bawang putih juga digunakan dalam perubatan sejak dahulu kala lagi. Oleh kerana faedahnya yang banyak ianya harus dijadikan tanaman yang di sekeliling rumah anda.
1. Mula tanam dan pembajaan.
Untuk semaian boleh guna polybag 8x8 pun sudah cukup atau boleh gunakan apa saja bekas tanaman, yang penting ada aliran air yang baik supaya medium tanaman tidak terlalu lembab. Tanaman bawang putih hanya pada kedalam 2 - 3cm sahaja dari permukaan. Untuk tanah pula kita perlukan tanah yang berpasir, atau pun boleh dapatkan di kedai nurseri berdekatan, anda boleh campurkan pasir sungai dengan tanah kompos. Campuran ratio 1:1 agar ia tidak terlalu lembab atau terlalu kering supaya nurtrien pada tanah dapat dikekalkan.
Sediakan benih dari bawang putih yang ada, anda boleh leraikan labu bawang putih dan ambil ulasnya. Pastikan anda pilih ulas yang besar dan baik ulasnya. Anda boleh tanam terus kedalam bekas semaian dengan kedalaman 3cm sahaja dan ulasnya ditanam dalam keadaan menegak.
Untuk pertumbuhan yang baik anda boleh simpan dahulu ulas bawang tersebut didalam peti sejuk(chiller) dibalut dengan kertas surat khabar lama dan simpan selama 3 - 5 minggu. Melalui kaedah ini bawang putih membesar lebih baik berbanding tanam terus. Anda boleh cuba kedua-dua kaedah ini dan bandingkan mana yang lebih baik.
Siraman perlu dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi dan petang pada kadar yang minimum. Bergantung kepada keadaan semasa, siraman pada satu kali sehari sudah memadai. Bawang yang telah anda tanam akan mengeluarkan pucuk dari seawal 3 minggu atau 5 minggu.
Untuk pembajaan pula anda boleh gunakan baja Milagro atau baja kopi, hanya taburkan satu sudu kecil dikeliling pokok dengan jarak 1cm dari pohon. Baju larutan air juga boleh digunakan diberi terus ke medium tanaman. Untuk larutan air pastikan anda siram dahulu sebelum mulakan baja larutan air.
- Baja Milagro 👉🏼 [Beli disini]
- Baja Kopi 888 [Beli disini]
- Polybag [Beli disini]
- Tanah Kompos 👉🏼 [Beli disini] [Beli disini]
2. Kawalan penyakit
Kawalan penyakit adalah aspek penting dalam penanaman bawang putih, walaupun ia secara semula jadi mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-fungus. Namun, bawang putih masih rentan terhadap penyakit seperti kulat dan serangan serangga. Salah satu cara mengurangkan risiko penyakit adalah dengan menggunakan semburan cuka kayu, bahan organik yang berkesan untuk mengawal serangga dan kulat. Campurkan 10 ml cuka kayu dengan 1 liter air dan sembur setiap minggu di sekitar batang dan tanah, tetapi elakkan terkena pada pucuk muda atau ketika tanaman berbunga kerana ini boleh merosakkan bunga dan mengganggu hasil tuaian. Di samping itu, bawang putih memerlukan pengudaraan dan saliran yang baik, jadi pastikan aliran air yang lancar dan elakkan tanah yang terlalu lembap, kerana ini boleh menyebabkan jangkitan kulat seperti White Root atau penyakit akar putih dan reputan batang akibat.
- Racun Matado Milagro 👉🏼 [Beli disini]
- Cuka Kayu Pertanian 👉🏼 [Beli disini]
3. Tuai
Bawang putih boleh dituai pada usia tanaman sekitar 7 - 9 bulan. Untuk menentukan masa terbaik untuk tuaian bawang putih, perhatikan apabila daun mula kekuningan dan kering, yang menandakan bawang sudah matang. Pastikan bebawang terasa keras dan penuh dengan menggali sedikit tanah untuk menyentuhnya. Jika masih lembut, biarkan beberapa minggu lagi. Apabila sedia, gunakan garpu kebun atau cangkul kecil untuk mengangkat pokok tanpa merosakkan bawang. Biarkan bawang terdedah kepada udara di tempat teduh selama 1-2 minggu untuk mengeringkan kulit dan akar. Selepas kering, simpan bawang di tempat sejuk dan kering, dan ia boleh bertahan beberapa bulan tanpa rosak. Proses tuaian yang betul membantu bawang putih mencapai saiz maksimum dan tahan lama. Selamat mencuba ✨.
