Cara mudah tanam cili secara DIY di rumah.

Cover Image for Cara mudah tanam cili secara DIY di rumah.

Cili, cabai atau nama saintifiknya Capsicum spp ialah sejenis buah yang cukup sinonim dengan orang kita dan ianya cukup digemari oleh rakyat Malaysia. Cili digunakan dalam pelbagai masakkan dan juga dijadikan rempah ratus serta pes masakan.

Untuk tanam cili ini ada yang kata rumit dan perlu penjagaan yang rapi, betul ke? Ia tidaklah serumit yang digambarkan jika tahu teknik dan kaedah yang betul.

Belajar tanam cili di rumah merupakan cara yang terbaik dan bermanfaat untuk menyediakan sumber bahan makanan segar yang berkhasiat. Tidak kira sama ada anda mempunyai ruang kebun besar atau hanya sebuah balkoni kecil, kita dah boleh tanam cili dengan mudah. Ada beberapa langkah yang perlu kita ketahui.

1. Pilih jenis dan benih Cili yang sesuai.

Pilihlah jenis cili yang sesuai dengan keperluan kita. Terdapat pelbagai varieti cili yang boleh dipilih, termasuk cili besar, cili kecil, cili merah, cili hijau, dan sebagainya. Benih boleh didapati di kedai tanaman sekitar anda atau boleh beli secara dalam talian.

Saya senaraikan benih cili yang didapati secara "Online".

  1. Cili Padi Hijau 👉🏼 [Beli disini]
  2. Cili Padi Hijau siam 👉🏼 [Beli disini]
  3. Cili Padi Merah cap panah 👉🏼 [Beli disini]
  4. Cili Besar Sakata 👉🏼 [Beli disini]
  5. Lain-Lain Aneka Cili 👉🏼 [Beli disini]

2. Penyediaan bahan semaian.

Setelah kita lakukan pemilihan biji benih, kita akan mulakan proses semaian. Untuk semai secara kecil-kecilan kita boleh guna bekas semaian bersize kecil 20 lubang. Boleh juga guna bekas semaian besar sehingga 200 lubang mengikut keperluan masing-masing.

Untuk medium tanaman, kita boleh guna cocopeat(sabut kelapa hancur), peatmoss(lumut kering dari bahan organik hancur) atau tanah kompos yang dah siap. Nak mudah kita guna saja tanah kompos, ianya dah tersedia dengan nutrien diperlukan untuk proses tumbesaran. Kesemua bahan ini baik untuk semaian benih, ia mampu menyerap air yang banyak dan boleh kekalkan kelembapan medium.

rendaman-cili

Benih yang kita pilih tadi boleh direndam dahulu dalam air biasa semalaman, boleh juga campur penggalak akar ke dalam air tadi. Rendaman yang kita lakukan adalah untuk melembutkan dan mempercepatkan percambahan benih.

Setelah benih kita rendam semalaman, esoknya kita dah boleh semai benih tadi ke dalam medium semaian yang telah kita sediakan.

Masukkan benih satu per satu ke dalam lubang bekas semaian dan tutup benih dengan sedikit medium, cukup kita gunakan jari untuk membuat lubang pada medium semaian.

Setelah selesai semai benih kita boleh mula untuk buat siraman pertama, gunakan botol semburan(boleh lihat contoh melalui link di bawah) dan laraskan pada muncung yang paling halus, jika terlalu kasar kita bimbang benih terkeluar dari medium. Apabila siraman telah selesai, tempatkan medium semaian kita di tempat yang redup dan kurang terdedah kepada sinaran matahari. Proses percambahan akan mengambil masa 5 - 7 hari. Kita boleh juga tutup medium semaian dengan surat khabar lama yang dibasahkan dengan air, dan lihat pada hari ke 5 dan 7.

  1. Bekas Semaian 👉🏼 [Beli disini]
  2. Tanah Kompos 👉🏼 [Beli disini] [Beli disini]
  3. Cocopeat 👉🏼 [Beli disini]
  4. Peatmoss 👉🏼 [Beli disini]
  5. Pallet Semaian 👉🏼 [Beli disini]
  6. Penggalak Akar 👉🏼 [Beli disini]
  7. Botol Semburan 👉🏼 [Beli disini]
  8. Tong Siraman 👉🏼 [Beli disini]

3 . Tanaman, asuhan dan pembajaan.

Percambahan yang baik pada hari ke 7 dan keatas biasanya akan ada 2 helai daun akan naik, pada fasa ini bekas semaian boleh didedahkan dengan cahaya matahari yang tidak terlalu terik, boleh gunakan jaring hitam pertanian untuk membuat penutup tempat untuk meletakkan medium semaian.

contoh-tempat-semaian-jaring

Boleh buat tempat letak anak benih macam dengan jaring hitam di tepi rumah pun dah cukup hehe.

Kita boleh mulakan tanaman dengan alat semburan air muncung halus sebanyak 2 kali sehari pada pagi dan petang. Setelah pokok cili kita mencapai umur 14 hari, kita boleh mulakan pembajaan, memandangkan ianya perlu nutrien tambahan pada fasa untuk matang ini. Saya cadangkan guna baja baja tabur seperti baja Kopi 888 atau baja Milagro. Dosnya ialah satu sudu kecil untuk setiap lubang 2 minggu sekali.

Mencecah usia 30 - 35 hari, pokok cili boleh dialihkan ke poly beg atau bekas pasu lebih besar. Siraman pada fasa ini anda boleh gunakan jirusan biasa ke bekas/poly beg, jangan terlalu banyak atau kurang air siraman. Nak pakai tong siram bunga yang biasa tu pun boleh.

Pastikan air turun sampai ke bawah dan keluar pada lubang bawah bekas/polybeg. Ini bagi memastikan pokok dapat air yang cukup dan dapat mengelakkan pokok menerima terlalu banyak air yang boleh membawa masalah kepada pokok cili kita.

  1. Baja Milagro 👉🏼 [Beli disini]
  2. Baja Kopi 888 [Beli disini]
  3. Polybag [Beli disini]
  4. Jaring Hitam Pertanian [Beli disini]

4. Kawalan penyakit.

Semasa pokok berusia 30 hari kita dah boleh mulakan proses kawalan penyakit, saya syorkan kita guna semburan organik iaitu cuka kayu. Cara penggunaannya ialah 10ml cuka kayu campur dengan 1liter air dan buat semburan seminggu sekali. Elakkan semburan ini jika pokok mula keluarkan bunga, hanya boleh sembur sekitar batang dan medium. Jika terkena bunga ia akan merosakkan bunga tersebut. Anda juga boleh gunakan racun Matado Milagro yang siap dalam botol dan buat semburan seminggu sekali.

  1. Racun Matado Milagro 👉🏼 [Beli disini]
  2. Cuka Kayu Pertanian 👉🏼 [Beli disini]

5. Tuaian Cili

Proses matang dan tuaian akan mengambil masa 55 - 75 hari. Satu pokok cili mampu mengeluarkan hasil sekitar 0.8 - 1.8kg per musim. Bagi penanaman komersial biasanya paling lama adalah 8 bulan, kebisaannya hanya 6 bulan terbaik bagi mengekalkan kualiti dan kuantiti buah. Bagi kita yang "DIY" saja tanam di rumah, selagi mana pohon itu berbuah selagi itulah kita boleh tuai hasilnya dengan syarat penjagaan seperti yang kita bincangkan diatas dilakukan dengan baik dan betul.

Umi
By Umi